Untuk tujuan Polisi Data Peribadi ini:
"
Anda" atau apa-apa kata terbitannya, seperti yang digunakan di sini merujuk kepada pemilik data peribadi, dan bagi pelajar, terbitan ini merangkumi pelajar dan ibu bapa / penjaga sah pelajar tersebut.
“
Taylor’s International School (TIS)” atau disebut sebagai "Syarikat" atau “Kami" dalam Perjanjian ini merujuk kepada TIS.
"
TEG" merujuk kepada Taylor's Education Group.
"
Akaun" bermaksud akaun unik yang diberi kepada Anda untuk mengakses Perkhidmatan kami atau mana-mana bahagian Perkhidmatan kami.
"
Laman Web" atau "
Laman" merujuk kepada Laman Web TIS, yang boleh diakses melalui
www.tis.edu.my.
"
Perkihidmatan" merujuk kepada Laman Web dan / atau servis yang disediakan oleh TIS .
"
Pembekal Perkhidmatan" bermaksud setiap orang semula jadi atau sah yang memproses data tersebut bagi pihak Syarikat. Ini merujuk kepada syarikat pihak ketiga atau individu yang diupah oleh Syarikat untuk memfasilitasi Perkhidmatan, menyediakan Perkhidmatan bagi pihak Syarikat, melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan Perkhidmatan atau membantu Syarikat menganalisa bagaimana Perkhidmatan digunakan.
"
Pihak Ketiga Social Media" servis merujuk kepada mana-mana laman web atau mana-mana laman web rangkaian sosial di mana pengguna boleh log masuk atau membuka akaun untuk menggunakan Perkhidmatan.
"
Data Peribadi" adalah segala maklumat yang berkaitan dengan individu yang dikenal pasti atau dikenali. Umumnya, data peribadi yang Kami kumpul dan proses, termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
Nama, Nombor pengenalan (Kad Pengenalan), Nombor pasport, Alamat, Nombor Perhubungan, Alamat e-mel peribadi, Foto dan gambar, Kewarganegaraan, Jantina Pelajar, Tarikh lahir, Kelayakan sebelumnya, Status perkahwinan ibu bapa / penjaga, Maklumat orang hubungan kecemasan, Maklumat berkaitan dengan bil, pekerjaan."
Data Peribadi Sensitif" di bawah Akta PDPA termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
Kaum, agama, data yang berkaitan dengan kesihatan, rekod salah laku dan tindakan tatatertib, catatan kesalahan jenayah, perintah mahkamah keluargaAkibat pandemik Covid-19, kami mengumpul dan memproses maklumat baru mengenai pelajar, ibu bapa, pelawat dan kakitangan ("Individu") termasuklah sama ada individu itu menunjukkan gejala virus, status kesihatan individu-individu dari rumah-tangga yang sama, keputusan ujian Covid-19, dan lokasi yang dikunjungi sejak wabak Covid-19 bermula.
Maklumat sensitif ini harus dilayan dengan berhati-hati oleh pihak sekolah dan hanya digunakan untuk tujuan tertentu. Ia tidak akan diberikan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan eksplisit anda melainkan keperluan untuk melindungi kepentingan, kesihatan, keselamatan, kecemasan anda atau dalam konteks krisis Covid-19.
"
Cookies" adalah fail kecil yang mengandungi maklumat pengguna yang diakses oleh laman web dan disimpan dalam komputer, peranti mudah alih atau peranti lain seperti perincian sejarah anda di laman web tersebut.
"
Peranti" bermaksud mana-mana peranti yang dapat mengakses Perkhidmatan seperti komputer, telefon bimbit atau tablet digital.
"
Maklumat Peranti" atau "
Data Penggunaan" merujuk kepada informasi yang Kami kumpulkan ketika anda mengunjungi Laman web ini. Kami secara automatik mengumpulkan maklumat tertentu mengenai peranti Anda, termasuk maklumat mengenai penyemak imbas web Anda, alamat IP, zon waktu, dan beberapa cookies yang dipasang pada peranti anda. Selain itu, semasa anda melayari Laman web, Kami mengumpul maklumat setiap laman web atau produk yang anda lihat, laman web atau istilah carian yang merujuk anda ke Laman, dan maklumat mengenai bagaimana anda berinteraksi dengan Laman Web.